PUTRAJAYA, 24 Okt - Program Bimbingan Penulisan Kreatif Cerita Pendek SPRM-DBP-KPM 2019 telah mendapat penyertaan amat menggalakkan daripada 210 orang murid tahun 4,5 dan 6 daripada 14 buah sekolah rendah di sekitar Putrajaya yang diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan maklumat berhubung penulisan kreatif kepada murid-murid yang hadir sebagai persediaan untuk menyertai Pertandingan Penulisan Kreatif Cerita Pendek SPRM-DBP-KPM 2019 yang akan berlangsung dari 25 hingga 18 November 2019.

Pertandingan Penulisan Kreatif Cerita Pendek SPRM-DBP-KPM yang julung kali dianjurkan ini memilih sekolah-sekolah rendah di Putrajaya sebagai perintis. Turut hadir dalam program ini adalah 56 orang guru pengurus pasukan daripada 14 buah sekolah rendah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
49
Minggu Ini
257
Bulan Ini
760

Keseluruhan
3428925