PERAK, 20 Okt - Telah berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Oktober 2019, Kem Integriti Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Siri II/2019 di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP), Lenggong, Perak.

Kem ini dihadiri oleh 69 orang peserta yang merupakan ahli-ahli AMAR daripada 10 pusat UniKL seluruh Malaysia.

Majlis Perasmian Penutupan Kem Integriti AMAR IPMa Siri II/2910 dirasmikan oleh TPj Nor Rasmi Shaari, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM yang turut menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada setiap kumpulan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Sofi bin Hj Abdullah, Timbalan Ketua Unit Integriti MARA, Encik Mohd Shahid Ahmad selaku Ketua Fasilitator Kem, PPj Suryani Ali, Ketua Seksyen Pendidikan, pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, pegawai-pegawai MARA dan pasukan kejurulatihan PUSKEP.

Sebelum majlis perasmian penutupan berakhir, satu penzahiran lafaz ‘Sumpah Keramat Anak Muda Mahasiswa' dilaungkan dan dipimpin oleh Penghulu Peserta diikuti dengan semua peserta. Turut diadakan satu 'Persembahan Khas Fasi' sebagai tanda kasih dan sayang kepada semua peserta kem. Sesi bergambar turut diadakan mengakhiri program ini.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
49
Minggu Ini
257
Bulan Ini
760

Keseluruhan
3428925