HULU LANGAT, 8 Sept - Kem Integriti Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Siri I/2019 telah diadakan selama 3 hari bermula 6 hingga 8 September 2019 di Photon Valley Eco Resort, Hulu Langat.

Kem ini dihadiri oleh 125 peserta yang merupakan pelajar-pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) daripada 13 buah Pusat IPMa seluruh Malaysia.

Majlis Perasmian Penutupan Kem Integriti AMAR IPMa Siri I/2019 dirasmikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat yang turut menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada setiap kumpulan.

Sebelum majlis perasmian penutupan berakhir, satu penzahiran lafaz 'Sumpah Keramat Perangi Rasuah' telah dilaungkan dan dipimpin oleh Penghulu Peserta diikuti dengan semua peserta. Sesi bergambar turut diadakan sebagai tanda kenangan oleh semua peserta kem.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
49
Minggu Ini
109
Bulan Ini
612

Keseluruhan
3428777