BANGI, 6 Sept - Program Slot Khas SPRM Sempena Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2019 -2020 telah berlangsung selama 5 hari di 10 buah kolej penginapan di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan 2 buah kolej penginapan UKM, Kuala Lumpur.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UKM bersama Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR).

Seramai 10 orang penceramah berimpak tinggi daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Ibu pejabat terlibat sama bagi menjayakan program ini.

Program ini melibatkan seramai 4042 orang pelajar baharu UKM sesi 2019-2020 dan diberikan pendedahan awal berhubung jenayah rasuah, empat kesalahan utama rasuah dan hukuman kepada jenayah rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
55
Minggu Ini
142
Bulan Ini
982

Keseluruhan
3429147