KUALA LUMPUR, 30 Ogos - Kolej SMART telah melancarkan penubuhan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) bertempat di Dewan Robert Peel Kolej SMART, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri , Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan Forum Penipuan Kewangan dan Rasuah yang menampilkan Tuan Jayantha Kumar Sen Gupta daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Puan Nurirdzuana Ismail daripada Transparency International Malaysia dan Encik Fazil Irwan Som daripada Institut Strategi Antarabangsa (ISI) sebagai ahli panel.

Seramai 50 peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi kolej iaitu Ahli- ahli Lembaga Pengarah Kolej SMART, Pensyarah dan pelajar hadir pada forum ini.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan disaksikan oleh Encik Anand Pon, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SMART.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893