PULAU PINANG, 7 Ogos - Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja Malaysia (CO 2 RAMD), Leftenen Kolonel Ahmad Muzaimi Haji Mohd Ali telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang di Kompleks SPRM Pulau Pinang hari ini.

Pertemuan ini telah membincangkan penggunaan fasiliti seperti lapang sasar di Kem RAMD Sungai Ara. Pihak Kem RAMD Sungai Ara mengalu-alukan pihak SPRM untuk menjalani latihan menembak di lapang sasar kem. Selain itu, pihak kem juga menawarkan latihan-latihan fizikal ala tentera kepada pegawai-pegawai SPRM sekiranya berminat.

Turut dibincangkan ialah pelaksanaan kerjasama secara strategik dalam program pencegahan rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
325
Bulan Ini
1209

Keseluruhan
3424838