JOHOR BAHRU, 8 Julai – TPj Dato' Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Johor menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Baharuddin Tahir, Pengarah Imigresen Negeri Johor.

Fokus utama kunjungan hormat ini adalah berkenaan pelaksanaan program-program pencegahan rasuah dan pengukuhan integriti selaras kehendak dan aspirasi serta inisiatif yang telah ditetapkan dalam NACP.

Selain itu, kunjungan ini bertujuan menjalinkan kerjasama dalam usaha membanteras dan mencegah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang melibatkan JIM negeri Johor.

Tuan Haji Baharuddin Tahir, Pengarah Imigresen Negeri Johor menyambut baik hasrat jalinan kerjasama bersama SPRM Johor demi kebaikan bersama. Kedua-dua pihak memberi komitmen tinggi bagi merealisasikan harapan bersama dalam menjadikan negeri Johor bebas daripada ancaman rasuah dengan berpaksikan inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah yang telah digariskan dalam NACP. 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
46
Semalam
48
Minggu Ini
94
Bulan Ini
597

Keseluruhan
3428762