Seremban, 18 Jun – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah Seremban menyahut seruan SPRM dalam bersama-sama mencegah rasuah dengan melancarkan Wira Anti Rasuah (WAR) sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah 2019.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Mohamad Zakkuan Talib dan disaksikan oleh Pengetua Bukit Mewah Seremban, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan pegawai perhubungan sekolah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara pengisian program adalah sesi pameran anti rasuah di dewan sekolah bersama agensi yang terlibat seperti PDRM, Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), PENJARA dan KESIHATAN.

Seramai 1800 orang pelajar, guru serta pihak PIBG dan PDRM telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Hit: 307