PUTRAJAYA, 2 Mei – Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai TLDM, APMM, PPM PDRM, TL-Bangladesh, TNI-AL dan TL Lubnan telah mengadakan lawatan integriti ke Ibu Pejabat SPRM hari ini bertujuan untuk memahami tugas serta fungsi dan peranan SPRM. Lawatan ini juga telah dijadikan sebagai salah satu pengisian bagi Kursus Pegawai Memerintah Muda TLDM Siri 40/2019.

Lawatan ini adalah hasil kerjasama antara KD Sultan Idris I TLDM dan SPRM melalui Lt Kdr Ezrinorsyah bin Md Shah selaku pegawai koordinasi kursus dan juga ketua delegasi rombongan.

Lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan bangunan yang disampaikan oleh PPs Kumaran dan seterusnya rombongan dibawa ke ruang galeri pameran dan Konti MACC.fm.

Slot seterusnya menampilkan ceramah Integriti dan Pencegahan Rasuah yang disampaikan oleh Tn Jayantha Kumar. 

Hit: 600