PUTRAJAYA, 23 April – Seramai 30 orang pegawai MPKj pelbagai gred telah mengadakan lawatan integriti ke Ibu Pejabat SPRM hari ini bertujuan untuk memahami tugas serta fungsi dan peranan SPRM.

Lawatan ini adalah hasil kerjasama antara MPKj-SPRM melalui Unit Integriti MPKj yang diwakili oleh Tuan Mohamad Fikri Marani. Rombongan MPKj diketuai oleh Tn Rajani Rajimin, Pegawai Penguatkuasa MPKj.

Lawatan dimulakan di Konti MACC.fm sebelum diteruskan ke Bilik Rakaman Bervideo (VIR), Lokap SPRM dan Bilik Kawad Cam. 

Slot akhir pula menampilkan ceramah berinformasi bertajuk 'Integriti dan Pencegahan Rasuah' yang disampaikan oleh Ps Mohd Hudzail Mohd Mansor.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
43
Semalam
54
Minggu Ini
312
Bulan Ini
912

Keseluruhan
3432075