PUTRAJAYA, 22 April- Seramai 33 orang pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu dan 2 orang pensyarah yang diketuai oleh Pn. Norzeta Erham, Pensyarah di IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan akademik ke Ibu Pejabat SPRM bertujuan untuk memahami tugas serta fungsi dan peranan SPRM.

Peserta telah dibawa melawat ke Konti MACC.fm serta taklimat keselamatan, Bilik Temubual Bervideo dan Pengendalian Lokap serta Kawad Cam telah diberikan kepada mereka.

Slot ceramah Integriti dan Pencegahan Rasuah disampaikan oleh Ps Ho Ka Nyan dengan penuh berinformasi.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
48
Minggu Ini
52
Bulan Ini
1045

Keseluruhan
3427656