PUTRAJAYA, 18 Apr – SPRM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganjurkan Seminar Bicara Integriti SPRM & PDRM bertempat di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Program ini melibatkan pegawai dan anggota PDRM seluruh Kontinjen PDRM Kuala Lumpur serta bahagian-bahagian di bawahnya termasuk IPD Putrajaya, IPD Dang Wangi, IPD Brickfields, IPD Sentul dan IPD Wangsa Maju.

Ceramah slot pertama menampilkan Mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM bertajuk ‘Integriti Dalam PDRM’, diikuti dengan ceramah slot 2 bertajuk ‘Tumbuk Rusuk, Duit Panadol’ yang disampaikan oleh bekas majistret, Tuan Mohd Firdaus bin Ramlan.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg Dato' Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Timb. Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM di hadapan wakil PDRM, SAC Rusdi bin Mohd Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur.

Program julung kalinya ini diadakan hasil kerjasama erat antara SPRM & PDRM dalam usaha membendung dan memerangi jenayah rasuah di kalangan pegawai dan anggota PDRM selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 yang dilancarkan pada 29 Januari 2019 oleh YAB Perdana Menteri.

Turut hadir ialah TPj Tuan Ruslan bin Tuan Mat, Pengarah Bahagian PenMas SPRM dan semua timbalan ketua polis daerah di bawah pengurusan IPK Kuala Lumpur.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
37
Semalam
47
Minggu Ini
84
Bulan Ini
1224

Keseluruhan
3421818