MIRI, 6 Apr – Lambaian Bario 2019 merupakan satu program integriti yang diadakan sempena Majlis Pelancaran Wira Anti Rasuah (WAR) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Baram (PPD Baram), Pejabat Tadbir Daerah Kecil Bario dan SK Bario.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi memberi pendidikan awal dan menyampaikan mesej-mesej pencegahan rasuah di kalangan golongan sasaran iaitu murid-murid sekolah rendah agar faham makna integriti dan seterusnya diharap agar dapat memupuk sifat membenci jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Program ini telah dihadiri oleh 120 orang murid-murid SK Bario dan 70 orang orang terdiri daripada ketua masyarakat, ketua kaum, guru dan staf serta ahli-ahli PIBG SK Bario, pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Miri.

Antara pengisian program adalah ceramah mengenai integriti, pertandingan kuiz dan sukaneka, sukaneka rakyat serta sesi dialog integriti SPRM.

Antara tetamu yang hadir dalam majlis ini adalah TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah PENMAS; TPj Haji Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak serta Tuan Lisah Tadam, Guru Besar SK Bario.

Hit: 491