PUTRAJAYA, 30 Mac – Bersempena dengan Mesyuarat Agung YARM Ke-6, SPRM, GIACC dan YARM telah menganjurkan Seminar Pencegahan Rasuah di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah GIACC merangkap Penasihat Bersama YARM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang turut menyempurnakan pelancaran buku ‘Man Ana: Perjuangan Menentang Rasuah’.

Seminar yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan inisiatif-inisiatif antirasuah ini menampilkan tiga sesi pembentangan mengenai Pelan Antirasuah Nasional, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi serta Peruntukan Liabiliti Korporat.

Turut hadir pada majlis ini ialah Presiden YARM, Dato’ Seri Haji Zakaria Haji Jaafar dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
144
Bulan Ini
144

Keseluruhan
3438746