TAIPING, 22 Mac 2019- TPj Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad, Pengarah SPRM Perak telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato’ Hj. Abdul Rahim Md Ariff, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping bertempat di Pejabat YDP Majlis Perbandaran Taiping, Perak hari ini.

Dalam kunjungan itu, diadakan sesi pengenalan antara dua pihak serta perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan kedua-dua agensi.

Turut hadir dalam kunjungan itu, PKPj Ahmad Shukri Mohamad Taib, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Perak;PPj Azrul Mizam Othman, Ketua Cawangan Taiping SPRM Perak serta PsK Fariza Omar, Ketua Unit PenMas SPRM Perak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
47
Minggu Ini
85
Bulan Ini
1225

Keseluruhan
3421819