PUTRAJAYA, 12 Mac - Seramai 35 orang pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia yang diketuai oleh Pn Anis Mohd Mokhtar, Pegawai Tadbir Diplomatik SPA Malaysia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Lawatan adalah bertujuan untuk memahami tugas dan peranan SPRM. Rombongan dibawa melawat ke Konti MACC.fm, lokap SPRM, Bilik Kawad Cam, Padang Kawad di aras 7 dan Bilik Simulasi Menembak SPRM. Kesemua peserta diberi peluang untuk menembak yang mana sesi tersebut dikendalikan oleh PKPs Mohd Azlan Mohamad Shukor dan PPs Mohamad Haikal Tila Geraman daripada Caw Persenjataan SPRM.

Peserta juga didedahkan dengan taklimat berkenaan isu integriti yang disampaikan oleh Ps Izham Ibrahim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
48
Minggu Ini
201
Bulan Ini
704

Keseluruhan
3428869