PUTRAJAYA, 5 Mac – Dalam perjuangan mencegah rasuah dari akar umbi, SPRM diwakili oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, telah mengambil langkah mengangkat lima usaha bagi menerapkan unsur integriti dan antirasuah dalam sektor pendidikan kepada Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) hari ini.

Inisiatif ini berteraskan penerapan integriti melalui pendidikan, antaranya memperluaskan subjek ‘Integriti dan Rasuah’ di semua IPT dan penambahan elemen antirasuah dalam mata pelajaran sivik di peringkat sekolah.

SPRM juga mengetengahkan cadangan untuk mewujudkan Kedai Integriti/Jujur yang menjual barangan tanpa penjual bagi membina integriti secara praktikal.

Cadangan inisiatif ini dibentangkan kepada Pengerusi JKDPN, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dalam usul kajian semula Dasar Pendidikan Negara yang akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan.

Hasrat SPRM ialah agar pendidikan integriti dan antirasuah dapat diterapkan dalam kurikulum di semua peringkat pembelajaran bagi membina generasi baru bebas rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
47
Minggu Ini
22
Bulan Ini
1446

Keseluruhan
3435641