KOTA BHARU, 17 Februari - KPKPj Ramli Ismail, Pengarah SPRM Kelantan telah membuat kunjungan hormat ke atas Mr. Mongkol Sinsomboon, Consul General di Kedutaan Thailand, Kota Bharu pada pagi ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah hal-hal berkaitan isu pencegahan rasuah serta penerangan ringkas mengenai tugas SPRM. Selain itu, turut dibincangkan adalah jemputan ke Majlis Perasmian Papan Iklan Pencegahan Rasuah Dwi Bahasa (Malaysia- Thailand) di ICQS Pangkalan Kubor, Kelantan yang akan berlangsung pada 21hb Februari 2019.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Ms. Jantarat Ngamchana, Deputy Consul General; Mr. Suthep Satiburana, Consul, PsK Hamisah Salleh, Penolong Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan serta Mohd Hakimi Mohd Nawi, wakil YARM Kelantan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
321
Bulan Ini
921

Keseluruhan
3432084