MELAKA, 15 Januari - PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka bersama pegawai SPRM Negeri Melaka mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka hari ini.

Pertemuan selama sejam ini bertujuan menjalinkan hubungan mesra antara SPRM Negeri Melaka dengan Pejabat TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka bagi mendapatkan sokongan daripada pemimpin utama Negeri Melaka berkaitan isu-isu integriti, program-program pencegahan rasuah serta memberi penerangan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM Negeri Melaka.

TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob telah berbesar hati menerima rombongan kunjungan hormat ini yang diketuai oleh PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra bin Awang Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
48
Minggu Ini
323
Bulan Ini
1417

Keseluruhan
3435612