PUTRAJAYA, 14 Jan- Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat menyambut baik kunjungan hormat dari Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Rosdeen Mohd Jaafar ke Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Kunjungan hormat ini berperanan  untuk memberi pendedahan tentang salah laku yang boleh wujud dalam kalangan ALK dalam proses membuat keputusan dan penggunaan wang koperasi disamping menjadikan tadbir urus koperasi lebih telus dan bebas dari segi kepentingan peribadi serta memfokuskan kepada pembangunan anggota dan koperasi itu sendiri.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Puan Zuraidah Yahaya, Ketua Penolong Pengarah; Encik Mohamad Zaki Mohd Shukri, Penolong Pengarah Kanan dan Encik Muhammad Rithza Ramli, Pembantu Ehwal Ekonomi.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
47
Minggu Ini
25
Bulan Ini
988

Keseluruhan
3432151