PUTRAJAYA, 6 Dis - Seramai 72 orang pelajar daripada Management and Science University (MSU) telah berkunjung ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu lawatan akademik pada pagi ini.

Rombongan yang diketuai oleh Puan Norhaslinda Zakariya, Pensyarah Kanan MSU telah dibawa melawat ke sekitar fasiliti Ibu Pejabat SPRM dan Konti Radio MACC.FM.

Rombongan juga turut didedahkan dengan ceramah bertajuk "Mahasiswa Waris Masa Depan" yang mengupas tentang isu-isu rasuah dan peranan yang boleh dimainkan oleh para mahasiswa mahasiswi dalam usaha menyebarluas mesej antirasuah serta perkongsian fakta-fakta kes rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
324
Bulan Ini
1418

Keseluruhan
3435613