PUTRAJAYA, 6 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima lawatan pendidikan daripada pelajar-pelajar Jurusan Perundangan Syariah Universiti Darussalam Gontor Ponorogo Indonesia Timur di Ibu pejabat pada hari ini.

Seramai 20 orang pelajar dan 2 pesyarah telah dibawa melawat ke sekitar fasiliti ibu pejabat SPRM sebelum rombongan ke konti radio MACC.FM untuk ditemubual.

Lawatan ini diharap dapat memberi pendedahan mengenai rasuah kepada para pelajar serta merapatkan hubungan dua negara.