KUALA LUMPUR, 28 Nov - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berjaya menunjukkan komitmen golongan pelajar dalam memerangi isu rasuah dengan melancarkan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bertempat di Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Objektif utama program adalah menjalankan misi kesedaran dalam membanteras jenayah rasuah kepada masyarakat sekitar, membentuk dan membina integriti dalam kalangan belia serta memupuk kepimpinan pelajar sebagai role model antirasuah bagi golongan belia.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah SPRM Kuala Lumpur, P/TPj Razaliah Ab Rahman. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPNM, Lt. Kol. Dr. Mohammad Daud Hj Johari; Penyelaras AMAR UPNM, Muhammad Nurhafiz Mazlan dan Penyelaras AMAR UM, Mohd Hairil Zainal Abidin .

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
48
Minggu Ini
276
Bulan Ini
182

Keseluruhan
3435895