NEGERI SEMBILAN, 19 Nov – Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Zakri Mamat, Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan pada hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim sebagai rakan strategik antara kedua-dua agensi dan memperkukuhkan cara kerja dalam mengesan kesalahan salah laku dan salah guna kuasa yang berlaku dalam jabatan yang diaudit.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah En Sharul Azhar Adnan, Penolong Pengarah JAN Negeri Sembilan, PKPj Khairuddin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Sembilan dan PPj Yasmin Azura Yahya, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Sembilan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
48
Minggu Ini
209
Bulan Ini
209

Keseluruhan
3438811