NEGERI SEMBILAN, 13 Nov - Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Tuan Azrin Borhan telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim pada hari ini.

Sesi kunjungan ini bertujuan untuk meneruskan kesinambungan silaturrahim sebagai rakan strategik antara SPRM Negeri Sembilan dengan JPJ Negeri Sembilan. Isu operasi dan pencegahan juga turut dibincangkan di samping perancangan kerjasama strategik bagi tahun 2019.

Turut hadir dalam bersama dalam kunjungan hormat ini ialah Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Tuan Mohd Azlan Shah Othman; Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Sembilan, PKPj Khairuddin Abdul Rahman dan beberapa delegasi daripada JPJ Negeri Sembilan.