SINTOK, 9 Nov – Anti Corruption Ride 3.0  yang dianjurkan oleh Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Utara Malaysia bertujuan untuk menyebarkan mesej pencegahan rasuahkepada mahasiswa dan mahasiswi dan seterusnya memperkenalkan Kelab AMAR UUM. Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini dengan kayuhan basikal bermula dari Pusat Sukan UUM ke Kafe Inasis dan Varsity Mall, UUM.

Program ini dirasmikan oleh KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah. “Mahasiswa UUM akan terus meningkatkan ilmu pegetahuan dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran sekarang ini terutamanya bagi menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup serta pegangan agama yang kukuh agar tidak terjebak dalam perbuatan rasuah bagi meneroka cabaran hidup di masa akan datang,” katanya semasa merasmikan program tersebut.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
47
Minggu Ini
26
Bulan Ini
989

Keseluruhan
3432152