KUALA TERENGGANU, 22 Okt- Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu, KPKPj Mohd Zaki Hassan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Polis Negeri Terengganu , DCP Datuk Aidi Ismail.

Dalam pertemuan ini, dibincangkan berkaitan isu-isu semasa berkaitan integriti, program-program pencegahan rasuah serta penerangan berkenaan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM Terengganu.

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK Terengganu juga telah menjemput Pengarah SPRM Terengganu untuk menyampaikan taklimat berkaitan isu-isu integriti dalam PDRM kepada lebih kurang 150 Ketua-Ketua Balai Daerah Zon Timur.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
53
Semalam
54
Minggu Ini
262
Bulan Ini
1225

Keseluruhan
3432388