JOHOR, 5 Nov – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Adenan Che Ismail, Pengarah Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor disamping mengadakan perbincangan meja bulat (RTD) bertempat di Pejabat SPRM Johor.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan hubungan kerjasama diantara kedua-dua agensi termasuk bertukar-tukar maklumat dan hasil risikan. Perbincangan juga mengetengahkan isu-isu integriti warga LHDN Johor yang perlu diperkukuhkan.

P/TPj Dato' Hj. Azmi bin Alias, Pengarah SPRM Johor berharap jalinan kerjasama erat dengan LHDN Johor dapat diteruskan dan berkekalan hingga masa yang akan datang.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
49
Minggu Ini
198
Bulan Ini
1356

Keseluruhan
3434089