LABUAN, 30 Okt - Sekolah Menengah St. Anthony, Labuan menjadi sekolah yang pertama terpilih bagi Program Wira Anti Rasuah (WAR) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan hari ini yang melibatkan seramai 150 orang pelajar.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya taklimat RASUAH bertajuk ”INTEGRITI & KESALAHAN ASPRM 2009”, “Teka Silang Kata RASUAH” dipertandingkan kepada 150 pelajar bagi menguji kefahaman dan daya pemikiran pelajar berkaitan RASUAH dan “Pop Kuiz SPRM” bagi menguji kefahaman, kepantasan dan pengetahuan pelajar tentang RASUAH dan isu semasa.

Program berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sijil penyertaan kepada pelajar yang terlibat.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
48
Minggu Ini
321
Bulan Ini
1415

Keseluruhan
3435610