KUANTAN, 17 Okt - Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Muhammad Safian Ismail telah menerima kunjungan hormat daripada TPj Mohamad Fauzi Husin, Pengarah SPRM Negeri Pahang bertempat pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Blok A, Wisma Sri Pahang.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan Pengarah SPRM Pahang yang baru dan membincangkan tentang usaha pencegahan rasuah dalam Negeri Pahang. Dato' Sri Muhammad Safian Ismail juga memberikan beberapa amanat dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah KPKPj Ab. Muneim Ibrahim Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Pahang dan PKPs Mohamad Hussain, pegawai unit Pendidikan Masyarakat SPRM Pahang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
48
Minggu Ini
275
Bulan Ini
181

Keseluruhan
3435894