KOTA BHARU, 17 Okt- Pengarah SPRM Kelantan, KPKPj Ramli  Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke tiga agensi persekutuan di Negeri Kelantan. Tiga agensi yang terpilih dalam siri kunjungan hormat Pengarah ialah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan diterajui oleh Encik Amir Zakri Mahmad Mahyidin manakala Jabatan Akauntan Negara Negeri Kelantan diterajui oleh Encik Shahrin Shaari. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan pula ialah Encik Mahasan Mustapha.

Dalam kunjungan ini, KPKPj Ramli berpeluang membincangkan berkaitan hala tuju dalam meningkatkan lagi integriti jabatan dan akan sentiasa bekerjasama dalam setiap aspek yang melibatkan tadbir urus dan pembangunan Negeri Kelantan.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Operasi PKPj Rostam Abu Hassan dan Penolong Pengarah Pencegahan SPRM Kelantan Penguasa Kanan Hamisah Salleh serta pegawai SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
47
Minggu Ini
25
Bulan Ini
988

Keseluruhan
3432151