MELAKA, 17 Okt – Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka, PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan isu-isu integriti, program-program pencegahan rasuah serta penerangan berkenaan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM Negeri Melaka.

Datuk Seri Roslan Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah menzahirkan sokongan kepada SPRM dalam usaha pembenterasan jenayah rasuah dan akan terus mengambil berat terhadap isu-isu berkaitan dengan integriti di Negeri Melaka.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
53
Minggu Ini
190
Bulan Ini
439

Keseluruhan
3440495