JOHOR BAHRU, 13 Okt – Dua Institut Pendidikan Guru (IPG) (Temenggung Ibrahim dan Tun Hussien Onn) dan 2 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Universiti Teknologi Malaysia UTM dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia UTHM) di Johor telah berkumpul sempena Program Himpunan Dan Pelancaran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Peringkat SPRM Johor dan Hari Sukan Kebangsaan 2018 anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) bagi keempat-empat institusi tersebut bertempat di SPRM Johor.

Antara objektif program ini adalah memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan fungsi dan tugas SPRM kepada peserta dan ahli-ahli AMAR.

Antara pengisian program adalah Senamrobik/ Zumba Integriti yang di ketuai oleh Cik Nornadia Zakaria dari Fun2fit Aerobic Studio, Majlis Perasmian Pelancaran AMAR dan Hari Sukan Negara 2018 yang dirasmikan oleh Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah SPRM Johor.

Program ini dihadiri hampir 300 orang pelajar dan mahasiswa yang terdiri ahli-ahli Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) dari IPG Temenggung Ibrahim (IPGKTI), IPG Tun Hussien Onn (IPGKTHO), Universiti Teknologi Malaysia UTM dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia UTHM. Turut serta wargakerja SPRM Johor dan keluarga.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
47
Minggu Ini
318
Bulan Ini
918

Keseluruhan
3432081