SABAH, 13 Okt - Seramai 32 orang mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada ahli Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR)  dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Kent Tuaran telah mengadakan Program Anti Bribery Showcase (ABS) bertempat di Dewan Sri Melawa SK Melawa, Telipok Sabah.

Objektif utama program adalah untuk memberi pengetahuan dan pendidikan yang meluas mengenai rasuah disamping memupuk nilai integriti di kalangan murid sekolah rendah melalui kerja berpasukan. Program turut diisi dengan aktiviti permainan stesen,pameran dan photobooth serta tayangan video.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Mack Lee, Ketua Program ABS dari IPG Kampus Kent; Guru Besar SK Malawa, Tn.Juddin Diana serta pegawai-pegawai SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
324
Bulan Ini
1418

Keseluruhan
3435613