PULAU PINANG, 09 Okt – Program Sahabat Cilik dan Wira Anti Rasuah (WAR) Peringkat Sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ramakrishna, Georgetown, Pulau Pinang yang melibatkan murid seramai 280 orang.

Program ini merupakan perasmian Program Sahabat Cilik dan Wira Anti Rasuah (WAR) Peringkat Sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang dan akan disusuli dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam Negeri Pulau Pinang.

Antara pengisian aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, Booth Pameran SPRM, Kempen Wira Anti Rasuah, taklimat, kuiz, gimik perasmian robotik, gimik pemakaian lencana Sahabat Cilik pada murid, persembahan pantun berkumpulan oleh murid,  penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan penyampaian cenderahati.

Program ini dirasmikan oleh Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang dan Tuan Abdul Rashid Abdul Samad, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
51
Semalam
47
Minggu Ini
51
Bulan Ini
145

Keseluruhan
3441825