PULAU PINANG, 9 Okt – TPj Dato' Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Haji Jais Abdul Karim, Presiden Malaysia Corruption Watch (MCW) di Bilik Mesyuarat SPRM Pulau Pinang.

Antara perkara yang dibincangkan adalah program-program kerjasama di antara SPRM bersama MCW yang sedia ada dan program yang telah dicadangkan kepada pihak SPRM di peringkat Ibu Pejabat SPRM.Dato' Wan Ramli juga menyatakan SPRM akan turut bekerjasama dengan NGO-NGO pada masa akan datang.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang dan Dato' Dr. GP Doraisamy, Timbalan Presiden MCW.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
51
Minggu Ini
112
Bulan Ini
206

Keseluruhan
3441886