SABAH, 6 Okt - Seramai 42 orang mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tertinggi Persatuan, Kelab dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya, Jawatankuasa Tertinggi AMAR UMS serta ahli-ahli AMAR IPG Kampus Gaya telah menghadiri seminar selama satu hari setengah yang bertempat di Pan Borneo Hotel, Sabah ini dengan jayanya.

Program ini merupakan anjuran bersama AMAR IPG Kampus Gaya, Keningau, UMS dengan SPRM Sabah. Para peserta terutamanya yang bukan terdiri daripada ahli AMAR telah diperjelaskan tentang objektif penubuhan AMAR yang sebelum ini dikenali sebagai SPR serta peranan AMAR diwujudkan di dalam kampus IPG mahupun IPT.

Selain teori, para peserta didedahkan dengan aktiviti Mansau-mansau Cegah Rasuah, di mana mereka membuat edaran Poster Kalendar SPRM 2019 serta risalah mengenai pencegahan rasuah ke premis-premis di sekitar tempat seminar dan mendekati masyarakat dalam menyebarluaskan mesej pencegahan dan laporkan rasuah.

Program ini juga diselitkan dengan pengisian daripada fasilitator jemputan yang berkongsi ilmu mengenai pengurusan masa dan sesi pemantapan diri seorang pemimpin iaitu Encik Zhafran Zaid, seorang Pegawai Kaunseling daripada Kolej Vokasional Tawau.

Kemuncak program ini telah dilengkapkan dengan pembentangan tugasan peserta mengenai bentuk aktiviti yang kreatif dalam menyampaikan mesej pencegahan rasuah yang lebih berkesan dan menarik perhatian generasi muda masa kini.

Program ini telah diakhiri dengan penggulungan keseluruhan aktiviti serta penyerahan sijil penyertaan kepada peserta oleh PKPj Zulkefle Abd. Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan, SPRM Sabah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
321
Bulan Ini
921

Keseluruhan
3432084