PUTRAJAYA, 3 Oktober – Seramai 11 orang kakitangan MIMOS Berhad telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat SPRM pada pagi ini.

Lawatan yang diketuai oleh En Abd Razak Misban, Pengurus Kanan, Jabatan Etika, Integriti dan BCM, MIMOs Berhad adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pekerja mengenai jenayah rasuah serta memberi motivasi kepada mereka di samping mengeratkan silaturrahim antara kakitangan MIMOS dengan pegawai SPRM.

Peserta telah dibawa melawat ke konti Macc. FM, Dataran Kawad Aras 7 dan Sky Bridge Aras 13, Bilik VIR serta pendedahan mengenai SPRM, Rasuah dan Pencegahan yang disampaikan oleh PsK Rosmadi bin Kassim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
321
Bulan Ini
921

Keseluruhan
3432084