PUTRAJAYA, 26 September – Kembara Ilmiah Warga Assultan Berintegriti dari S.M.K.A Sultan Muhammad, Melaka telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat SPRM pada pagi ini.

Inisiatif lawatan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai jenayah rasuah serta memberi motivasi kepada pelajar di samping mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan pegawai SPRM.

Rombongan ini disertai oleh 80 pelajar dan 5 orang guru pengiring. Peserta telah diberi ceramah yang padat bertajuk “Jenayah Rasuah Barah Pembangunan Negara” oleh Ps Mohd Hudzail b Mohd Mansor.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
47
Minggu Ini
318
Bulan Ini
918

Keseluruhan
3432081