KERTEH, 24 September 2018 - SPRM Terengganu melaksanakan segmen program pencegahan iaitu Jalan-Jalan Tolak Rasuah Vol. 5.0  (JJTR 5.0).

Konsep JJTR mengetengahkan satu sesi bual bicara santai antara pemilik restoran atau premis dengan Pengarah serta Pegawai SPRM Terengganu bagi mempromosikan kempen membenci rasuah dan salahguna kuasa kepada mereka dan pengunjung yang berkunjung di restoran. Bingkai JJTR digantungkan dan dipamerkan di dalam restoran atau premis untuk memberikan penanda bahawa restoran atau premis berkenaan 'Mesra SPRM dan Tolak Rasuah'. Semua kakitangan premis yang terlibat dipakaikan Butang (Button Badge) Sahabat SPRM.

Restoran Bayu Laut yang beroperasi di Kelab Golf & Rekreasi Petronas menjadi restoran kelima JJTR kali ini. Pemangku Pengurus Kelab, Puan Hanizah Ismail berasa amat bertuah kerana SPRM Terengganu telah memilih Restoran Bayu Laut untuk dijadikan lokasi pilihan JJTR pada kali ini.

Menurut Pengarah SPRM Terengganu, KPKPj Mohd Zaki Hassan,  program JJTR ini merupakan salah satu pendekatan terbaru SPRM Terengganu dalam usaha melebarkan sayap dalam langkah-langkah pencegahan rasuah di Negeri Terengganu. "Kami akan laksanakan Jalan-Jalan Tolak Rasuah ini secara berterusan sejajar dengan tahun 2018 ini merupakan tahun pencegahan SPRM, Ianya merupakan satu program yang memberikan impak yang positif kepada masyarakat bagi menunjukkan bahawa SPRM, mesra rakyat, tetapi digeruni perasuah".

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
47
Minggu Ini
26
Bulan Ini
989

Keseluruhan
3432152