PULAU PINANG, 3 September– Seramai 20 orang ahli Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) telah mengadakan lawatan di Kompleks SPRM Pulau Pinang.

Ucapan turut disampaikan oleh PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra b Awang Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pulau Pinang menyatakan SPRM berminat bekerjasama dengan semua NGO terutama NGO dari bangsa Cina, India dan Melayu kerana NGO ini boleh menyalurkan informasi kepada SPRM serta rintihan masyarakat berhubung masalah rasuah.

Lawatan kemudian diteruskan dengan sesi menandatangani Buku Pelawat SPRM Negeri Pulau Pinang oleh Dato' Sri Haji Zakaria b Haji Jaffar, Presiden YARM dan Dato' Ong Chuan Jin, Pengerusi YARM Negeri Pulau Pinang dengan disaksikan oleh Dato' Wan Ramli b Wan Abdullah, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang dan diakhiri dengan sesi bergambar.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
47
Minggu Ini
305
Bulan Ini
211

Keseluruhan
3435924