KUCHING, 3 September - P/TPj Razim bin Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato' Sharifah Halimah binti Tuanku Taha, Pengarah JKDM Negeri Sarawak di Ibu Pejabat JKDM Negeri Sarawak pada pagi ini.

Antara agenda utama kunjungan hormat tersebut adalah untuk menjalin hubungan erat di antara SPRM Sarawak dan JKDM Negeri Sarawak untuk kerjasama dan usaha dalam memerangi rasuah serta salahguna kuasa.

Hadir bersama dalam Kunjungan Hormat tersebut ialah Tuan Mohd Farid Bin Jusoh, Ketua Bahagian Pematuhan JKDM; Tuan Rameli Bin Ahmad, Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM, Tuan Ramli Bin Othman, Ketua Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST) JKDM dan pegawai SPRM Negeri Sarawak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
2
Semalam
47
Minggu Ini
318
Bulan Ini
918

Keseluruhan
3432081