KOTA BHARU, 17 Ogos - SPRM Kelantan dengan kerjasama Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Kelantan telah menganjurkan satu majlis dialog bersama pelajar-pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu dan Majlis Belia Negeri Kelantan .

Acara ini telah berlangsung sempena Karnival Belia Integriti 2018 yang diadakan di Dewan Kuliah 17, Kolej Poly-Tech Mara, Kota Bharu dan dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada pelajar-pelajar kolej dan belia-belia dari Majlis Belia Kelantan.

Ahli panel dialog terdiri daripada Pengarah SPRM Kelantan, Dato Moh Samsudin Yusof dan Ustaz Mohd Amin Abdullah selaku YDP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan) dan NYDP Majlis Belia Kelantan dibantu oleh moderator Ustaz Mohammad Rosli Salleh, Pensyarah Kolej Poly-Tech Mara.

Program ini dibuat bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar dan belia berkenaan pentingnya integriti dalam kehidupan seharian dan memupuk pelajar dan belia agar menerapkan budaya bencikan rasuah yang menjadi kesinambungan kepada jenayah-jenayah yang lain.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
48
Minggu Ini
276
Bulan Ini
182

Keseluruhan
3435895