PUTRAJAYA, 7 Ogos - Lawatan bermaklumat daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) yang melibatkan seramai 36 peserta yang diketuai oleh Puan Hafizah Haironi, Unit Integriti SWCORP ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dalam urusan harian bagi usaha memerangi rasuah.

Rombongan dibawa melawat ke sky bridge di tingkat 11, konti MACC.fm serta Dataran Kawad SPRM di tingkat 7 untuk sesi bergambar. Program berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ps Mohd Hudzail Mohd Mansor, PenMas.

Hit: 1089