Pulau Pinang, 1 Ogos – Program Sahabat Cilik dan Wira Anti Rasuah anjuran SPRM Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Pulau Pinang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang hari ini yang melibatkan seramai 250 orang murid.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan semasa program ini berlangsung seperti pertandingan mewarna anti rasuah, booth pameran SPRM, kempen Wira Anti Rasuah, taklimat dan sesi kuiz, sesi perasmian mural pokok integriti, persembahan tarian oleh murid sekolah, persembahan murid (Bicara-Talk Anti Rasuah), gimik perasmian dan sesi penyampian hadiah.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang dan Encik Ismail Mohd Said, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
324
Bulan Ini
1418

Keseluruhan
3435613