PUTRAJAYA, 1 Ogos – Peserta Kursus Pegawai Staf Agama Gred K2 mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Seramai 30 orang peserta telah hadir di ketuai oleh Mejar Abdil Wadid Jamil Rashid, Timbalan Komandan Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dalam urusan harian bagi usaha memerangi rasuah.

Rombongan dibawa melawat ke sky bridge di tingkat 11, konti MACC.fm serta Dataran Kawad SPRM di tingkat 7 untuk sesi bergambar. Program berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PKPj Samsul Salip, Ketua Cawangan Sosio Budaya, PenMas.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
23
Semalam
47
Minggu Ini
306
Bulan Ini
212

Keseluruhan
3435925