KUCHING, 31 Julai - P/TPj. Razim b Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mejar Jeneral Dato' Toh Choon Siang, Panglima Markas 1 Divisyen.

Dalam pertemuan ini, dibincangkan penekanan berkaitan integriti dan salahlaku jenayah rasuah yang sering berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan awam.

Dato’ Panglima turut mempelawa pihak SPRM Sarawak untuk mengadakan ceramah integriti dan pencegahan kepada warga-warga Markas 1 Divisyen serta melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk masa akan datang.

Hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut ialah PPj. Chang Ching dari Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak dan Leftenan Kolonel Charles Wong Chen Kai, PS 1 RISIK, Markas 1 Divisyen.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
48
Minggu Ini
83
Bulan Ini
332

Keseluruhan
3440388