KOTA KINABALU, 27 Julai- Penerapan nilai-nilai integriti dan kebertanggungjawapan dalam menyampaikan perkhidmatan yang efisien dalam agensi pentadbiran kerajaan Negeri Sabah adalah menjadi fokus utama dalam program ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil bertajuk "Peranan Anggota Pentadbiran Ke Arah Tadbir Urus Yang Baik" telah mendapat respon yang positif daripada Menteri-Menteri Kabinet.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie, Ketua Menteri Sabah juga menyeru agar sesi taklimat SPRM diteruskan diperingkat kementerian dan jabatan bagi sesi penerangan dan penjelasan isu-isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi salah satu penyebab ketirisan dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sabah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
3
Semalam
47
Minggu Ini
50
Bulan Ini
890

Keseluruhan
3429055