PUTRAJAYA, 26 Julai - Seramai 25 orang pelajar dan ketua pengiring daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia telah berkunjung ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang kepentingan untuk mengamalkan nilai etika, integriti dalam urusan harian bagi usaha memerangi rasuah.

Rombongan dibawa melawat ke sky bridge di tingkat 11, konti MACC.fm serta Dataran Kawad SPRM di tingkat 7 untuk sesi bergambar. Program berakhir dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PsK Esyaron Johari, Ketua Cawangan Media Elektronik, PenMas.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
14
Semalam
48
Minggu Ini
14
Bulan Ini
854

Keseluruhan
3429019