PULAU PINANG, 23 Julai – Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Saadon Moktar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan baik dua hala antara SPRM dengan Jabatan Bomba Pulau Pinang.

Antara perkara yang dibincangkan ialah berkaitan isu-isu keselamatan dan pencegahan kebakaran bagi kompleks SPRM Pulau Pinang dan Pejabat Cawangan SPRM Seberang Prai.

Turut hadir ialah PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Pulau Pinang dan PPs Mazlan Haja Maideen, Pegawai Unit PenMas Pulau Pinang.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
14
Semalam
48
Minggu Ini
14
Bulan Ini
854

Keseluruhan
3429019